KUALA LUMPUR: Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
Menurut Presiden Institut Cukai Bertauliah Malaysia dan peneraju pasaran cukai Malaysia di Ernst and Young Tax Consultants, Farah Rosley, pada 2021 hasil kerajaan adalah sekitar RM221 bilion dan menjelang 2022, ia naik kepada RM234 bilion.
"Sasaran hasil cukai bagi 2021 adalah RM162 bilion iaitu 10.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), yang mana sebahagian besar atau kira-kira 73 peratus daripada hasil kerajaan adalah melalui cukai.
"Daripada jumlah itu, cukai langsung merangkumi 54 peratus manakala bakinya adalah daripada cukai tidak langsung seperti cukai jualan dan perkhidmatan serta eksais Kastam.
"Akan ada banyak tekanan ke atas hasil cukai kerana terdapat kebergantungan yang tinggi terhadap cukai yang amat diperlukan bagi membantu kewangan kerajaan," katanya dalam program maya 'Sembang Ekonomi: Pasca Belanjawan 2022: Ke Arah Pemulihan' anjuran Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) semalam.
Farah berkata salah satu kaedah dalam meningkatkan pendapatan adalah dengan mengharmonikan cukai langsung dan tidak langsung serta merumuskan langkah-langkah cukai jangka panjang.
"Langkah rejim cukai adalah perlu untuk mengecilkan defisit belanjawan dan mungkin ada kaedah bagi mengembalikan cukai barang dan perkhidmatan. Dan bagaimana pula dengan ekonomi bayangan, yang mana 18 peratus ekonomi Malaysia dibayangi dengan pendapatan yang wujud di sana?" soalnya.
Beliau juga berpendapat terdapat keperluan untuk mengubah sistem pentadbiran cukai dan rangka kerja melalui pendigitalan serta automasi.
Kajian telah menunjukkan negara-negara seperti Brazil dan Mexico yang melaksanakan pendigitalan cukai telah berjaya meningkatkan hasil cukai mereka.
Farah ketika mengulas mengenai cadangan cukai yang terkandung dalam Belanjawan 2022 telah menjuruskan ke arah penghapusan pengecualian cukai bagi pendapatan bersumberkan asing berkuat kuasa 1 Jan 2022.
"Langkah ini dijangka menyumbang kira-kira RM3 bilion kepada hasil kerajaan tetapi jika ia dihapuskan daripada kredit kerana tidak sewajarnya ada cukai berganda, mungkin kesan bersih akan berkurangan iaitu sekitar RM1.5 hingga RM2 bilion.
"Kita mesti melihat sama ada kesan (daripada langkah ini) akan memberi kesan kepada Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik," katanya.
Beliau juga mempersoalkan sama ada Cukai Makmur, yang dikenakan sekali sahaja ke atas syarikat-syarikat besar yang menjana keuntungan lebih daripada RM100 juta, akan menyebabkan mereka melewatkan pelaporan "keuntungan luar biasa" kepada 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 12 2021
Farah berkata, langkah penghapusan pengecualian cukai bagi pendapatan bersumberkan asing berkuat kuasa 1 Jan 2022 dijangka menyumbang kira-kira RM3 bilion kepada hasil kerajaan. - Gambar hiasan
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
LHDN kutip cukai RM183.3 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah
Beliau merakamkan penghargaan kepada semua pembayar cukai yang menyumbang kepada pendapatan negara.
Thailand mengalu-alukan kedatangan 14.5 juta pelancong asing sehingga Julai
Malaysia berada antara lima pengunjung tertinggi melawat negara itu dengan 2.24 juta pelawat diikuti China, Korea Selatan, India dan Rusia.
Kenaikan gaji penjawat awam akan dipertimbangkan - PM
Kerajaan akan mempertimbangkan kenaikan gaji penjawat awam sekiranya hasil pendapatan negara bertambah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Belanjawan 2023: Kenaikan cukai golongan kaya tingkat kutipan hasil 4 peratus - Deloitte
Pelaksanaan langkah menaikkan kadar cukai golongan berpendapatan tinggi (T20), cukai barangan mewah dan program pengakuan secara sukarela mampu menambah kutipan hasil kerajaan.
Dasar tender terbuka boleh tingkat pendapatan negara - Ahmad Maslan
Pelaksanaan dasar tender terbuka berupaya untuk mengurangkan kos kepada kerajaan dan meningkatkan pendapatan negara, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.
GST bagus namun tangani kelemahan sebelum laksanakan semula - Pakar
Kebanyakan pakar ekonomi setuju GST mampu menyelesaikan masalah, namun sistemnya harus ditambah baik terlebih dahulu.
Pelaksanaan semula GST dilihat langkah terbaik jana pendapatan negara - Pensyarah ekonomi
Pelaksanaan semula cukai tersebut adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar
Pada 2021, hasil kerajaan adalah sekitar RM221 bilion dan menjelang 2022, ia naik kepada RM234 bilion.
Buka Parlimen: Utamakan pemulihan ekonomi, kestabilan kerajaan - Pakar
Di samping pelan pembukaan semula sektor secara berfasa, perlunya pelan pemulihan ekonomi untuk merancakkan kembali penjanaan pendapatan negara.
Jenayah cetak rompak perlu dimasukkan dalam sukatan pelajaran - David Teo
Sukatan mata pelajaran pendidikan negara perlu ditambah baik dengan memasukkan elemen mengenai cetak rompak sebagai usaha memerangi jenayah itu.